Menjelang Aidilfitri rumah-rumah terbuka tampak kurang berseri jika tiada hidangan kuih-muih. Kuih muih tradisional seperti Kuih Makmur merupakan sajian popular di kala raya. Sekali makan kuih ini jelas kemanisan kelihatan di wajah pengunjung. Tetapi kuih tradisional terutama sekali Kuih Makmur bukan sekadar penyeri raya bagi diriku ianya lebih dari itu.
Lebih 45 tahun lalu, kehidupan daku tidak semakmur dan semanis kini. Kehidupan kami anak-beranak begitu sukar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ketika itu negara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk dan keluargaku tidak terkecuali. Perniagaan bapaku ketika itu tidak makmur malahan mengalami kerugian teruk sehingga kami sekeluarga terpaksa membantu beliau bagi meneruskan hidup ini. Kami bertuah kerana ibu mahir di dalam membuat kuih tradisional terutama sekali Kuih Makmur. Bagi meringankan beban bapa, ibu bercadang untuk menjual Kuih Makmur bagi membantu persekolahan kami. Dia mengajar saya membuat kuih tradisional di rumah untuk dijualkan bagi memperolehi sedikit belanja rumah. Kami bermula kecil-kecilan menjual di sekitar kawasan perumahan. Dengan resipi istimewa kuih Makmur turun-temurun ibu perniagaan kami membesar sehingga mengambil tempahan dari kilang-kilang di persekitaran. Hasil daripada jualan kuih tradisional khususnya Kuih Makmur Mak dapat kami sekeluarga menikmati dan meraikan perayaan seperti orang lain. Saya bersyukur dengan Kuih Makmur Mak kami sepuluh anak-beranak dapat hidup seperti biasa dalam kegawatan ekonomi.
Kini Kuih Makmur Mak mendapat tempat di hati masyarakat dan sungguh popular sehingga mendapat slot di rancangan TV Nona pada 18 Julai lalu. Sesiapa yang ingin mencuba kesedapan turun-temurun Kuih Makmur Mak boleh membuat tempahan daripada saya dengan email ke khirunisa@yahoo.com atau telefon saya di 019-2725987!
No comments:
Post a Comment